Tuesday, October 20, 2009

Melaka - Nasi Briani

Macam-macam ejaan digunakan untuk mengeja nasi jenis ini. Ada yang eja 'briani', 'biriani', 'beriani', 'biryani', dan ada juga yang berani sekali mengeja seperti ni... nasi 'berani' :) mana-mana ejaan ikut suka hati yang berniaga. Yang penting sedap dan menepati citarasa.

Nasi ini mungkin berasal dari Iran dan di bawa ke India oleh pedagang Islam dari Timur Tengah. Johor memang terkenal dengan briayani gam yang dikenali sebagai pullao. Di negara-negara lain nasi pullao ini dikenali juga sebagai polao, pilau, pilav, plov, mengikut bahasa tempatan Turkish, Uzbek, Azebaijani, Hindu, Urdu dan Pashto dan macam-macam. Berjela panjang nak taip.

Di Melaka ni ada beberapa tempat yang terkenal dengan nasi briayani setakat mana yang saya tahu sehingga saat ini.

1. Hujung Pasir

2. Jalan Mata Kucing

3. Jalan Bukit Baru

4. Tmn Bukit Piatu Mutiara

5. Jalan Pokok Mangga

Yang biasa dan saya suka pergi ialah Hujung Pasir dan Jln Pokok Mangga. Kesemua tempat di atas saya sudah rasa kecuali Jalan Bukit Baru. Sebenarnya saya dah pergi tempat tu, tapi timing salah. Pegi pagi, makan nasi briani tak masuk sebagai breakfast. Tapi saya difahamkan, Jln Bukit Baru dan Hujung Pasir adalah geng sama. Rasanya sepatutnya sama, atau lebih kurang.

Sebagai peminat kambing, yang saya boleh komen di sini ialah kambing je la. Antara Jln Hujung Pasir dan Pokok Mangga, saya lebih suka ke'kambingan' Pokok Mangga namun nasi tak boleh lawan Hujung Pasir. Lagi pun lauk kambing Hujung Pasir cepat habis. Ramai jugak peminat kambing. Orang tua-tua kata sapa minat kambing tak suka mandi. Saya rasa ada kebenarannya....hahahahaha. Bukan sayaaaaa....

Lauk kambing pokok mangga kalau saya terlewat pegi jam 4 ptg pun kemungkinan besar masih sempat untuk menyantap. Tak lah frust macam kambing. Kalau di Hujung Pasir, jangan mimpi!! Biasanya 2 kali makan di Hujung Pasir, sekali makan di Pokok Mangga. Bergilir-gilir. Bukan apa, Pokok Mangga Jauh sikit, dalam 15 min dari tempat saya berniaga. Hujung Pasir, 5 min puh boleh sampai.

Hujung Pasir ni tersorok sikit restauran dia. Kalau tak perasan mesti tersasar. Sebagai panduan sila rujuk kepada Google Map di bawah:-



Jalan Hujung pasir tu kena cari sendiri. Kalau tak jumpa, kena tanya orang mana Bukit St John atau Bukit Senjuang. Dah dekat la tu.... :) kalau dari Muar melalui Lebuhraya AMJ, sila keluar melalui exit Semabok sebelah kiri dari arah Muar. Cuba lihat Google Map di bawah. Kebiasaanya orang pompuan bila tengok peta dia orang pening.




Nasi briani Pokok Mangga terletak di Jalan Pokok Mangga. Bukan atas pokok mangga. Ada dua cara hendak ke Pokok Mangga. Satu melalui Lebuhraya AMJ dan satu lagi melalui Jalan Klebang. Mana-mana satu pun boleh sampai. Sila rujuk Google Map di bawah. Yang bawah ni, jangan pandang yang atas...nanti sesat:-



Ada sambungan lagi ni...nak sambung kerja sikit. Nanti free saya buat OT :)
.

No comments: